Dasar privasi/Takrif
Outdated translations are marked like this.
Ingin membantu menterjemah? Terjemahkan mesej yang hilang.
Wikimedia Foundation Privacy Policy Definitions
Apabila kami sebut... | ... maksud kami: |
---|---|
"Yayasan Wikimedia" / "Yayasan" / "kami" | Yayasan Wikimedia, pertubuhan bukan untung yang mengendalikan Tapak-Tapak Wikimedia. |
"Tapak-Tapak Wikimedia" / "perkhidmatan kami" | Tapak-tapak web dan perkhidmatan Wikimedia (tanpa mengira bahasa), termasuk projek-projek utama kami, seperti Wikipedia dan Wikimedia Commons, begitu juga perisian-perisian mudah alih, API, e-mel, dan pemberitahuan; kecuali tapak-tapak web dan perkhidmatan yang disenaraikan dalam seksyen "Apa Yang Tidak Diliputi Oleh Dasar Privasi Ini" di bawah. |
"anda" / "saya" | Anda, tanpa mengira sama ada anda adalah seorang individu, sebuah kumpulan, atau sebuah pertubuan, dan tanpa mengira sama ada anda menggunakan Tapak-Tapak Wikimedia atau perkhidmatan kami bagi pihak anda sendiri atau orang lain. |
"Dasar ini" / "Dasar Privasi ini" | Dokumen ini, bertajuk "Dasar Privasi Yayasan Wikimedia". |
"sumbangan" | Kandungan yang anda tambah atau perubahan yang anda buat kepada mana-mana Tapak Wikimedia. |
"maklumat peribadi" | Maklumat yang anda sediakan kepada kami atau maklumat yang kami kumpul daripada anda yang boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda. Sebagai penjelasan, walaupun kami tidak semestinya mengumpul semua jenis maklumat berikut, kami menganggap yang berikut adalah sekurang-kurangnya "maklumat peribadi" jika ia sebaliknya bukan awam dan boleh digunakan untuk mengenal pasti diri anda:
|
"pihak ketiga" / "pihak-pihak ketiga" | Individu, entiti, tapak web, perkhidmatan, produk, dan perisian yang tidak dikawal, diuruskan, atau dikendalikan oleh Yayasan Wikimedia. Ini termasuklah pengguna Wikimedia lain dan pertubuhan atau kumpulan bebas yang membantu mempromosikan gerakan Wikimedia seperti cawangan Wikimedia, pertubuhan bertema, dan kumpulan pengguna serta sukarelawan, pekerja, pengarah, pegawai, penerima dana, dan kontraktor bagi pertubuhan atau kumpulan itu. |