Resolution:Biographies of living people/ms

This page is a translated version of the page Resolution:Biographies of living people and the translation is 91% complete.
Outdated translations are marked like this.
Resolusi Biografi tokoh hidup Maklum balas
Resolusi ini menyatakan pendangan Foundation berkenaan Biografi Tokoh Hidup yang diluluskan pada April 2009.

Wikimedia Foundation mengambil kesempatan ini bagi menegaskan beberapa prinsip dasar yang berkait dengan visi, misi, dan nilai-nilai bersama kita. Salah satu di antara nilai-nilai ini yang sama di antara projek-projek kita adalah keazaman untuk mengekalkan sudut pandang berkecuali.

Dalam upaya kita untuk menawarkan sumber pengetahuan yang bernilai dan berguna bagi semua, kita bertanggung jawab untuk menegakkan nilai-nilai tersebut dengan juga memberikan maklumat yang tepat. Peserta dalam projek-projek Wikimedia telah menciptakan sumber yang merangkupi saiz dan bidang yang luas. Seperti yang kami tekankan selama beberapa tahun, sebagai tambahan kuantiti pengetahuan yang ada, kualitinya juga adalah penting. Maklumat berkualiti tinggi di Wikimedia secara umum telah dibuktikan melalui sejumlah kajian, namun ia penting bahawa kita kentiaca cuba untuk bertambah baik. Sebagaimana semua usaha yang membekalkan bahan pendidikan dan maklumat, kesalahan harus dihindari, terutama jika kesalahan tersebut berpotensi merosakkan. Salah satu bahagian di mana ia mungkin terjadi adalah pada penulisan mengenai tokoh yang masih hidup.

Rencana-rencana di Wikimedia semakin menjadi keputusan enjin gelintir teratas bagi sebarang carian. Ini bererti apabila penggaji, rakan kerja, rakan, tetangga, atau kenalan mencari mengenai maklumat tantang seseorang, mereka mungkin menjumpainnya di tapak Wikipedia. Ketika projek-projek Wikipedia semakin popular, betitu juga tanggung jawab masyarakat bagi memastikan rencana mengenai tokoh yang masih hidup ini ditulis secara berkecuali, tepat dan mempunyai sumber rujukan yang baik.

Ketika Wikipedia semakin popular, beberapa isu menjadi semakin menonjol:

  • Ramai orang mencipta rencana yang terlalu bernada promosi: mengenai diri mereka, orang yang mereka kagumi, atau mereka yang dibayar sebagai wakil. Mereka tidak berkecuali, dan tidak ada tempat di projek-projek kita. Secara umum, masyarakat Wikimedia melindungi projek-projek dengan baik dari masalah umum ini dengan menghapus atau memperbaiki hagiografi.
  • Sesetengah orang kadang melakukan vandalisme terhadap rencana-rencana mengenai tokoh yang masih hidup. Masyarakat Wikimedia telah mengembangkan perkakasan dan teknik untuk melawan vandalisme tersebut: secara umum hal ini berjalan dengan cukup baik.
  • Beberapa rencana mengenai tokoh yang masih hidup mengandung kesalahan-kesalahan kecil, ditulis dengan buruk, atau memiliki sumber yang lemah. Rencana mengenai tokoh yang tidak terkenal sering terabai, dan cenderung lebih lambat menjadi lebih baik, bahkan tidak sama sekali.
  • Sesetengah orang kadang-kala melakukan suntingan untuk memburuk-burukkan orang lain. Hal ini sukar dikenalpasti atau ditangani, terutama jika penyunting jahat tersebut tekal.

Lembaga Amanah Wikimedia Foundation menggesa masyarakat Wikipedia sejagat untuk menegakkan dan memperkukuh komitmen kita bagi maklumat berkualiti tinggi dan tepat dengan:

  1. Memastikan bahwa projek-projek dalam semua bahasa yang menggambarkan tokoh yang masih hidup memiliki polisi bagi memberi perhatian khusus kepada prinsip-prinsip berkecuali dan boleh disahkan bagi rencana-rencana tersebut;
  2. Menjaga martabat manusia dan saling hormat bagi privasi peribadi apabila menambah atau menghapuskan maklumat, terutama pada rencana-rencana yang bersifat hangat sementara (efemeral) atau yang memiliki kepentingan terhad (marginal interest);
  3. Menyiasat mekanisma teknik baru bagi menilai suntingan, terutama jika ia menjejaskan orang yang masih hidup, juga bagi memudahkan pembaca melaporkan masaalah;
  4. Melayan semua orang yang mengadu mengenai cara mereka digambarkan dalam projek kita dengan sabar, baik, dan hormat, dan menggalakkan orang lain mengambil sikap yang sama.