Capaian pada maklumat bukan awam-ringkasan
Ini merupakan ringkasan ramah pengguna bagi Polisi Capaian pada Maklumat Bukan Umum.
Penafian: Ringkasan ini bukanlah sebahagian dari Polisi Capaian pada Maklumat Bukan Umum dan bukanlah dokumen perundangan. Ia sekadar rujukan mudah bagi memahami Polisi Capaian pada Maklumat Bukan Umum penuh. Lihatlah ia sebagai antaramuka ramah-pengguna.
Disebabkan kami percaya bahawa privasi masyarakat Wikimedia adalah penting, ahli masyarakat dengan capaian pada maklumat bukan umum hanya boleh menbebaskan maklumat di bawah keadaan tertentu, seperti:
- Apabila ahli masyarakat perlu menghentikan kerosakan pada Tapak Wikimedia (seperti membantu bagi menyasarkan sekatan IP);
- Apabila terdapat ancaman pada nyawa atau anggota yang segera dan boleh dipercayai;
- Apabila anggota masyarakat telah memberikan kebenaran jelas mengenai pengguna yang maklumat bukan umum mengenainya akan didedahkan; atau
- Apabila diperlukan menurut undang-undang.
Disebabkan kami percaya bahawa memelihara privasi masyarakat Wikimedia merupakan nilai penting Wikimedia, mereka yang memiliki capaian pada maklumat bukan umum perlulah:
- Sekurang-kurangnya berusia 18 tahun (kecuali ahli pasukan yang menjawab mail eletronik, yang perlu berusia 16 tahun);
- Memberikan maklumat hubungan dan pengenalan; dan
- Menandatangan satu perjanjian kerahsiaan.
Disebabkan kami menghargai ahli masyarakat yang memainkan peranan penting ini dalam memelihara Tapak Wikimedia dan penggunanya dan ingin memelihara privisi mereka, kami berjanji untuk:
- Mengekalkan maklumat hubungan dan identiti mereka rahsia dan selamat , dan perjanjian kerahsiaan; dan